Subscribe Twitter Facebook

Sunday, October 19, 2014

Imiginasi

Duit adalah suatu medium pengantaraan ketika urusniaga / pertukaran dilakukan. Kemahuan terhadap duit tidak pernah mencukupi. Jika ada satu mahukan dua, ada dua mahukan tiga, ada sepuluh hendakkan seratus... begitu lah perasaan manusia terhadap duit.

Taraf hidup di Malaysia sangat mahal, terutama sekali bandar-bandar besar. Walaubagaimanapun, bukan penduduk di bandar besar sahaja yang menerima tempias, malahan penduduk di kawasan kampung terutama sekali penduduk di kawasan pedalaman.

Baru-baru ini, dengan kenaikan harga minyak ditambah lagi dengan pengenalan GST mulai tahun 2015 telah memberikan tekanan kepada masyarakat di Malaysia terutama berkaitan dengan kos sara hidup. Sedangkan, sebelum kenaikan harga minyak pun, rakyat Malaysia telah mengalami kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi sekarang. 

Secara amnya, kesan dari tekanan ini sudah mula dirasai dan dilihat. Salah satu nya adalah masalah sosial yang kian menjadi-jadi. Walaupun sekeras mana kita mempertikaikan kenaikan masalah sosial, tapi ini lah hakikat nya yang perlu kita hadapi.

Walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan. Ramai dikalangan kita yang sudah mula melakukan kerja sambilan. Ada juga yang melakukan 2 atau 3 kerja semata-mata untuk menambahkan pendapatan.


Dari sudut pandangan LOA pula, kita sebenarnya boleh mengubah nasib diri kita sendiri dengan beberapa cara yang mungkin anda rasakan pelik.

Nak cuba? Mari amalkan ini...

1.  Mulakan dengan rasa kesyukuran
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Mulakan kesyukuran dengan diri kita     sendiri. Kita perlu bersyukur kerana kita dikurniakan badan yang sihat dan kuat untuk bekerja dan bersyukur negara kita masih aman untuk kita lakukan kerja, bersyukur kita mempunyai keluarga   yang perlu kita jaga dan beri makan, bersyukur dengan rumah yang kita diami, bersyukur dengan pakaian yang kita guna, bersyukur dengan apa yang kita miliki, dompet, telepon bimbit, buku, tali pinggang... dll

2.  Senaraikan Impian anda
Tuliskan didalam satu kertas segala impian anda... Untuk ini saya memiliki sebuah buku untuk saya senaraikan segala impian yang ingin saya miliki. Buku ini juga tempat saya melekatkan gambar-gambar yang boleh menaikkan semangat. Buku ini saya namakan "Buku Impian". Selain gambar dan impian, saya juga mengumpul kata-kata pujangga indah, tulisan-tulisan dari pengamal LOA yang lain, yang saya gunting dan lekatkan di dalam buku itu.

Tuliskan tarikh. Kenapa?
Untuk rujukan anda, kerana anda pasti akan kagum melihat masa yang diambil sehingga impian anda tercapai.

3.   Baca, Renung Dan Ucapkan "Terima Kasih"
Bayangkan segala impian anda sudah anda miliki. Bayangkan juga apa yang akan anda lakukan sekiranya anda telah mencapai impian anda itu. Bagi saya, saya akan mulai dengan ucapan terima kasih kerana mencapai impian tersebut. Dan saya akan membayangkan tindakan yang akan saya lakukan selepas saya mencapai impian tersebut. Misalnya, jika mengimpikan duit sebanyak RM100,000.00. Cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan dengan wang sebanyak itu. Senang bukan? Apa yang anda perlukan adalah kreativiti dalam bayangan anda.

Senangkan??? Selamat Mencuba
     



No comments: