Subscribe Twitter Facebook

Saturday, January 7, 2012

Power of Affirmations

Interesting videos from youtube.com to be shared. Thanks youtube.com





Enjoy!!!

Edwin F.

07-01-2012 - Affirmation

Hari yang memenatkan....

Bangun awal pagi, kemas rumah, mandi... dan.... Office.... walaupun hari bekerja sepatutnya dari Isnin hingga Jumaat... apa-apa pun.... "I love my job!!!"

Apa yang menarik hari ini...? Apakah pengalaman LOA pada saya hari ini...?

Untuk ke pejabat pada hari Sabtu memang sesuatu yang sangat sangat mencabar. Apa tidaknya, pejabat yang terletak di tengah-tengah Bandar Labuan sangat sukar untuk mencari tempat parkir. Sekali pusingan tidak juga mendapat tempat parkir. Bandar Labuan sesak seperti biasa.... "owh... aku perlu lakukan sesuatu" fikirku...

Aku teringatkan "Affirmation" yang selalu aku buat setiap pagi ketika turun kerja...
Dengan yakin saya membuat "affirmation"... "I'll get a good parking space, now!" Sambil memandu mulut tidak berhenti-henti membuat kenyataan dengan penuh yakin dah semangat...

Cuba teka.... betul-betul di hadapan pejabat, tiba-tiba seorang tua memberi isyarat bahawa dia akan memandu keluar dari tempat parkir nya.... "OWH!!!!! Thank you for the good parking"...


Affirmation? Adalah pernyataan yang disebut berulang-ulang kali sehingga dapat dirakam oleh minda separa sedar... Dan dari minda separa sedar... pernyataan akan berubah menjadi kenyataan... Percaya? Cuba lah...

Some article to share on Affirmation. Enjoy!!!
http://www.inspirized.com/the_power_of_positive_thinking/positive_affirmations.htm

Edwin F.

Friday, January 6, 2012

Pengenalan kepada LOA

Something to share....




Edwin F.

Selamat Tahun Baru 2012... Law Of Attraction

Pengalaman hidup...

Sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah berkenalan dengan satu hukum universal yang bernama "Hukum Tarikan" atau dalam bahasa Inggerisnya "The Law of Attraction".

Mungkin ini adalah sesuatu yang asing bagi anda. Apatah lagi bagi seorang peguam... Langsung tiada dalam kamus perundangan...

Apa itu "Hukum Tarikan" atau "LOA"?
Mungkin anda pernah mendengar tentang "fikiran positif" ataupun "minda separa sedar"
Tahukan anda bahawa berfikiran positif bukan sekadar berfikir secara "baik" sahaja, tetapi ianya memiliki kuasa yang sangat luar biasa sehingga boleh mengubah dunia.

Tahukan anda bahasa minda manusia terdiri daripada minda "sedar" dan "minda separa sedar" ataupun "subconcious mind" yang mana sekiranya kita berjaya menguasai minda separa sedar, kita juga mampu membuat sesuatu yang luar biasa?

Dahulu, saya hanya membaca dan mendengar berkenaan istilah-istilah diatas. Tetapi setelah saya meneliti dan mengamalkan nilai-nilai tersirat dalam "LOA", barulah saya sedar, saya boleh melakukan apa saja.... Yang penting fikiran hendak lah sentiasa positif.

Positif? Ramai yang berpendapat bahawa masing-masing berfikir secara positif, tetapi masih juga sama..

Tahukah anda bahawa... ramai yang telah menjadi kaya dan terkenal kerana menggunakan "rahsia" LOA?
Tahukah anda bahawa... penyanyi Susan Boyle menjadi terkenal sekelip mata kerana percaya akan diri nya sendiri... LOA
Tahukah anda bahawa... Thomas Edison mencipta lampu kerana..... LOA
Tahukah anda bahawa... ramai orang sakit dan dikatakan tiada harapan oleh dunia perubatan telah sembuh... LOA
Tahukah anda bahawa... ramai yang telah memenangi "jack-pot" berjuta-juta dollar.... LOA

Apakah itu LOA??? Mari kita sama-sama kaji...

Edwin F.