Subscribe Twitter Facebook

Friday, November 7, 2014

Satu Perkongsian - Kerjaya Impian Ku - I LOVE MY JOB!

Saya amat terharu mendapat satu email yang meminta saya berkongsi pengalaman saya dengan LOA.. Bukanlah saya mahir, tetapi sekadar perkongsian... kan berkongsi adalah sesuatu yang baik...

berikut adalah reply email saya kepada beliau...

Terima kasih Saudari kerana sudi mengunjungi blog saya. Saya memohon maaf kerana jarang berkesempatan untuk meng-update blog tersebut. Agak terkejut juga bahawa saudari menghantar email bertanyakan pengalaman saya. Boleh tak saya tahu dari manakah saudari mendapat email saya?

Satu perkongsian saya mengenai LOA berkaitan kerjaya saya sehingga saya mendapat kerjaya impian sekarang ini.

Saya telah bekerja sejak lebih kurang 15 tahun yang lepas. Sebelum memiliki kerjaya sekarang ini (kerjaya impian), saya telah berkerja di 2 syarikat yang lain (selama lebih kurang 12 tahun). Tetapi jauh disudut hati saya ialah inginkan kerjaya dalam bidang akademik (mengajar di peringkat universiti) 

Apa yang saya lakukan? saya mempersiapkan diri, melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters. Sebaik sahaja tamat pengajian, saya mula mengajar secara part-time dengan kolej dan universiti swasta. Tetapi keinginan sebagai ahli akademik sepenuh masa tetap menebal. Saya masih tidak pasti bagaimana caranya. Banyak permohonan untuk menjadi pensyarah dihantar ke universiti dan kolej, tetapi tiada satupun yang berkenan.

Tambahan lagi, pada penghujung tahun 2012, saya telah mendapat pekerjaan dengan sebuah syarikat antarabangsa sebagai Setiausaha Syarikat dan berpindah ke Labuan. Terus terang saya katakan bahawa saya terlalu inginkan kerjaya sebagai pensyarah. Akhirnya saya mendapat jawatan part time sebagai penyarah jemputan di UMSKAL. Namun masih tidak berpuas hati kerana bukan jawatan yang saya inginkan sebagai penyarah sepenuh masa. Terus terang saya katakan, saya amat bernekad untuk pulang ke Sarawak dan mencari kerja yang saya suka di tempat sendiri.

Saya mula menghantar surat permohonan dan CV kesemua kolej dan universiti yang saya tahu di Sarawak. Kebetulan, pada masa yang sama, terdapat satu iklan kekosongan di sebuah universiti swasta. Saya memohon.... Tetapi masih tidak ada berita dari pemohonan yang telah saya lakukan sehingga saya berputus asa pada satu masa...

CERITA MENARIKNYA BERMULA DISINI...

Oleh kerana berazam untuk balik ke tempat sendiri, saya mulakan ini.... 

Setiap pagi selepas bangun dari tidur, saya akan mengucapkan syukur kerana "masih bernyawa dan telah tidur secara berkualiti". Sebelum bangkit dari tidur, saya akan mengucapkan "Today will be the most beautiful day in my life... Thank you God"... kemudian lakukan rutin harian...

Dalam perjalanan ke pejabat, saya akan berdoa. Yang penting, di dalam doa, ucapkan syukur. Di dalam doa saya, saya jarang meminta, tetapi banyak kepada bersyukur. Contoh doa yang saya sebut... "Terima kasih Tuhan kerana  memberi kerjaya impian yang cemerlang di universiti" - satu yang saya selalu perhatikan (bukan nak komen cara orang lain berdoa) ramai yang terlalu banyak meminta tapi jarang bersyukur.... dan kadang-kadang berdoa untuk menyusahkan orang lain... CONTOH NYA: "Tuhan, saya mohon diberikan kerja itu dan bukan si polan kerana saya lebih memerlukan" - ATAUPUN... "Tuhan, berikan lah kerja itu kepada saya kerana saya sangat-sangat memerlukan"... bagi saya, sekiranya kerjaya itu adalah rezeki saya, saya pasti akan mendapatkan nya.... ** mesej LOA, jangan terlalu menunjukkan yang anda "memerlukan" kerana itu akan lebih menarik lebih banyak "anda memerlukan" (kekurangan) - Sebaliknya, tunjukkan yang anda telah mendapatkan benda yang anda ingini... saya harap saudari faham dan maaf sekiranya mesej yang saya ingin sampaikan terlalu berbelit-belit... hahaaha

Sampai sahaja di pejabat, sebelum memulakan rutin kerja di pejabat pun, saya akan terlebih dahulu bersyukur kerana memiliki kerja yang membolehkan saya mendapat gaji untuk meneruskan kehidupan seharian. Selepas itu, saya akan bayangkan bahawa saya sedang duduk di pejabat sebagai seorang pensyarah (walaupun pada waktu itu saya adalah setiausaha syarikat) dan sedang menyediakan persiapan untuk mengajar.

Dan yang paling best, saya membuat satu "name card" @ business card dengan surat tawaran (dengan microsoft office) dengan logo universiti, beserta dengan jawatan yang saya inginkan.. "PENSYARAH"... Saya  gunting dan lekatkan pada sebuah buku / dairi yang saya tulis setiap hari semua impian saya dengan ayat bersyukur...

Sebelum tidur, saya akan mengucapkan syukur kerana Tuhan telah membimbing dan mengetuai saya dalam semua yang saya lakukan seharian. Doakan juga kepada ibubapa dan adik beradik yang lain - walaupun ibu tercinta saya telah meninggal... Saya meminta perlindungan ketika tidur, meminta maaf atas semua kesalahan yang saya lakukan dan memberikan maaf sekiranya terdapat orang yang menyinggung parasaan saya - saya lakukan ini setiap malam.

Percaya atau tidak... tidak sampai 2 bulan saya melakukan ini... saya telah mendapat panggilan dari sebuah universiti swasta di Sarawak... Panggil interview... seminggu selepas itu.. mendapat tawaran beserta dengan gaji yang sangat cantik...

>>>>>> Sehingga sekarang, setiap kali berpeluang.. terutama ketika memandu berseorangan.. saya akan sentiasa membayangkan yang saya akan menjadi seorang professor... hahaha... dan YANG TERBAHARU, sekarang, sebelum tidur saya cuba bayangkan yang saya ada duit sejumlah RMX,XXX,XXX.00 menjelang 31 December 2015... dan pergi melancong ke luar negara sewenang wenang nya... huhuhu.. (tak tahu bagaimana akan terjadi... lantak leerrrr)

TRY IT... its fun...!!! After all, its free pun untuk berimiginasi sebelum tidur... cuma pesanan saya, jangan terlalu menunjuk... nanti orang cakap kita mat jenin pula... lakukan secara rahsia... biar sendiri yang tahu, cukup lah...

Satu lagi... sekiranya saudari OK dengan bahasa Inggeris... cuba baca buku oleh Rhonda Byrne (the Secret, The Magic, The Power, The Hero) dan juga buku The Power Of Your Subconscious Mind oleh Joseph Murphy... saya mendapat idea berkenaan membuat business card dan offer letter daripada buku ini...

SELAMAT MENCUBA>>>>>

Sunday, October 19, 2014

Apa Itu "Law Of Attraction"? - Rozi Saarey


Satu Perkongsian daripada pengamal LOA.

Terima kasih kepada Coach Rozi Saarey atas perkongsian.

Imiginasi

Duit adalah suatu medium pengantaraan ketika urusniaga / pertukaran dilakukan. Kemahuan terhadap duit tidak pernah mencukupi. Jika ada satu mahukan dua, ada dua mahukan tiga, ada sepuluh hendakkan seratus... begitu lah perasaan manusia terhadap duit.

Taraf hidup di Malaysia sangat mahal, terutama sekali bandar-bandar besar. Walaubagaimanapun, bukan penduduk di bandar besar sahaja yang menerima tempias, malahan penduduk di kawasan kampung terutama sekali penduduk di kawasan pedalaman.

Baru-baru ini, dengan kenaikan harga minyak ditambah lagi dengan pengenalan GST mulai tahun 2015 telah memberikan tekanan kepada masyarakat di Malaysia terutama berkaitan dengan kos sara hidup. Sedangkan, sebelum kenaikan harga minyak pun, rakyat Malaysia telah mengalami kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi sekarang. 

Secara amnya, kesan dari tekanan ini sudah mula dirasai dan dilihat. Salah satu nya adalah masalah sosial yang kian menjadi-jadi. Walaupun sekeras mana kita mempertikaikan kenaikan masalah sosial, tapi ini lah hakikat nya yang perlu kita hadapi.

Walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan. Ramai dikalangan kita yang sudah mula melakukan kerja sambilan. Ada juga yang melakukan 2 atau 3 kerja semata-mata untuk menambahkan pendapatan.


Dari sudut pandangan LOA pula, kita sebenarnya boleh mengubah nasib diri kita sendiri dengan beberapa cara yang mungkin anda rasakan pelik.

Nak cuba? Mari amalkan ini...

1.  Mulakan dengan rasa kesyukuran
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Mulakan kesyukuran dengan diri kita     sendiri. Kita perlu bersyukur kerana kita dikurniakan badan yang sihat dan kuat untuk bekerja dan bersyukur negara kita masih aman untuk kita lakukan kerja, bersyukur kita mempunyai keluarga   yang perlu kita jaga dan beri makan, bersyukur dengan rumah yang kita diami, bersyukur dengan pakaian yang kita guna, bersyukur dengan apa yang kita miliki, dompet, telepon bimbit, buku, tali pinggang... dll

2.  Senaraikan Impian anda
Tuliskan didalam satu kertas segala impian anda... Untuk ini saya memiliki sebuah buku untuk saya senaraikan segala impian yang ingin saya miliki. Buku ini juga tempat saya melekatkan gambar-gambar yang boleh menaikkan semangat. Buku ini saya namakan "Buku Impian". Selain gambar dan impian, saya juga mengumpul kata-kata pujangga indah, tulisan-tulisan dari pengamal LOA yang lain, yang saya gunting dan lekatkan di dalam buku itu.

Tuliskan tarikh. Kenapa?
Untuk rujukan anda, kerana anda pasti akan kagum melihat masa yang diambil sehingga impian anda tercapai.

3.   Baca, Renung Dan Ucapkan "Terima Kasih"
Bayangkan segala impian anda sudah anda miliki. Bayangkan juga apa yang akan anda lakukan sekiranya anda telah mencapai impian anda itu. Bagi saya, saya akan mulai dengan ucapan terima kasih kerana mencapai impian tersebut. Dan saya akan membayangkan tindakan yang akan saya lakukan selepas saya mencapai impian tersebut. Misalnya, jika mengimpikan duit sebanyak RM100,000.00. Cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan dengan wang sebanyak itu. Senang bukan? Apa yang anda perlukan adalah kreativiti dalam bayangan anda.

Senangkan??? Selamat Mencuba