Subscribe Twitter Facebook

Friday, January 6, 2012

Selamat Tahun Baru 2012... Law Of Attraction

Pengalaman hidup...

Sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah berkenalan dengan satu hukum universal yang bernama "Hukum Tarikan" atau dalam bahasa Inggerisnya "The Law of Attraction".

Mungkin ini adalah sesuatu yang asing bagi anda. Apatah lagi bagi seorang peguam... Langsung tiada dalam kamus perundangan...

Apa itu "Hukum Tarikan" atau "LOA"?
Mungkin anda pernah mendengar tentang "fikiran positif" ataupun "minda separa sedar"
Tahukan anda bahawa berfikiran positif bukan sekadar berfikir secara "baik" sahaja, tetapi ianya memiliki kuasa yang sangat luar biasa sehingga boleh mengubah dunia.

Tahukan anda bahasa minda manusia terdiri daripada minda "sedar" dan "minda separa sedar" ataupun "subconcious mind" yang mana sekiranya kita berjaya menguasai minda separa sedar, kita juga mampu membuat sesuatu yang luar biasa?

Dahulu, saya hanya membaca dan mendengar berkenaan istilah-istilah diatas. Tetapi setelah saya meneliti dan mengamalkan nilai-nilai tersirat dalam "LOA", barulah saya sedar, saya boleh melakukan apa saja.... Yang penting fikiran hendak lah sentiasa positif.

Positif? Ramai yang berpendapat bahawa masing-masing berfikir secara positif, tetapi masih juga sama..

Tahukah anda bahawa... ramai yang telah menjadi kaya dan terkenal kerana menggunakan "rahsia" LOA?
Tahukah anda bahawa... penyanyi Susan Boyle menjadi terkenal sekelip mata kerana percaya akan diri nya sendiri... LOA
Tahukah anda bahawa... Thomas Edison mencipta lampu kerana..... LOA
Tahukah anda bahawa... ramai orang sakit dan dikatakan tiada harapan oleh dunia perubatan telah sembuh... LOA
Tahukah anda bahawa... ramai yang telah memenangi "jack-pot" berjuta-juta dollar.... LOA

Apakah itu LOA??? Mari kita sama-sama kaji...

Edwin F.

No comments: